PERATURAN DI DALAM DEWAN

Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:
PERGERAKAN MASUK DEWAN
  • Memasuki Dewan Jubli Perak mengikut pintu yang telah ditetapkan selewat-lewatnya
    pada jam 8:30 pagi (Sidang Pagi) dan jam 2.30 petang (Sidang Petang). Graduan yang
    lewat tidak akan dibenarkan memasuki dewan.
  • Tidak dibenarkan keluar sehingga sidang konvokesyen tamat.
  • Graduan perlu duduk di tempat yang ditetapkan .
  • Tidak dibenarkan membawa masuk beg.
  • Graduan tidak dibenarkan memasuki dewan jika tidak mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan.
  • Sekiranya graduan memerlukan bantuan sila hubungi pegawai yang bertugas.
PERGERAKAN KELUAR DEWAN
  • Graduan keluar Dewan Jubli Perak melalui pintu yang telah ditetapkan.
  • Graduan dikehendaki mematuhi arahan daripada pegawai yang bertugas semasa keluar dewan.