Pengenalan Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah
Istiadat konvokesyen diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk meraikan Mahasiswa/siswi USAS yang berjaya menamatkan pengajian di dalam program pengajian masing-masing. Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Diploma Pasca Siswazah, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma akan dilaksanakan semasa Istiadat Konvokesyen Ke-17 oleh Tuanku Canselor, Pro-Canselor dan Naib Canselor USAS.
Siaran Langsung
Saksikan Siaran Langsung Istiadat Konvokesyen ke-17 dari platform Youtube dan Facebook
Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG 2.0) kembali dibuka. Graduan diminta mengisi maklumat SKPG sebelum hari pengambilan jubah konvokesyen.
Lanjutan Pengesahan Kehadiran Graduan Ke Istiadat Konvokesyen Ke-17 akan dibuka semula pada 14 November 2024 (Khamis) jam 9.00 pagi hingga 15 November 2024 (Jumaat) jam 3.00 petang. Graduan yang masih belum membuat pengesahan kehadiran dikehendaki mengesahkan kehadiran di dalam Sistem E-Konvo https://student.usas.edu.my/konvo/.
Graduan semua sidang konvokesyen DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat dan raptai konvokesyen pada 22 November 2024 (Jumaat), jam 8.00 pagi di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.
Pelajar diminta untuk membuat semakan sidang dan tarikh konvokesyen masing-masing.
Muat turun senarai nama penerima Anugerah Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dan Penerima Ijazah Sarjana Muda Cemerlang bagi Sidang Pertama di halaman Status Layak Graduat.