KEHADIRAN GRADUAN

Sebagaimana termaktub dalam Istiadat Konvokesyen USAS, Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Diploma Pascasiswazah, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma hendaklah dikurniakan kepada graduan yang layak hadir ke Majlis Istiadat Konvokesyen.

  1. Semua graduan perlu menjawab setuju terima kehadiran pada atau sebelum 28 Oktober 2024 (Isnin). Graduan yang tidak menjawab setuju terima tidak dibenarkan hadir ke istiadat konvokesyen.
  2. Semua graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditetapkan.
  3. Graduan TIDAK DIBENARKAN menangguhkan Istiadat Konvokesyen ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri istiadat Konvokesyen.
  4. Kehadiran graduan adalah tertakluk kepada semua tunggakan yuran / denda pelajar dengan pihak USAS telah dijelaskan (sila rujuk dengan Jabatan Kewangan di talian 05-7732254).
  5. Satu taklimat dan raptai penuh kepada graduan akan diadakan pada 22 November 2024 (Jumaat), jam 8.00 pagi di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Semua graduan DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat dan raptai ini supaya dapat memahami perjalanan acara yang akan dijalankan pada hari Konvokesyen nanti.
  6. Sesi Pagi: Graduan dikehendaki berkumpul di Dewan Jubli Perak selewatlewatnya jam 7.30 pagi. Perarakan graduan akan bermula jam 8.00 pagi melibatkan graduan Sidang Pertama,Sidang Kedua dan Sidang Empat.
    (Sila rujuk senarai program mengikut sidang masing-masing)
  7. Sesi Petang: Graduan dikehendaki berkumpul di Dewan Jubli Perak selewatlewatnya jam 1.30 petang. Perarakan graduan akan bermula jam 2.30 petang melibatkan graduan Sidang Tiga.
    (Sila rujuk senarai program mengikutsidang masing-masing)
  8. Graduan yang lewat tidak dibenarkan untuk menyertai Istiadat Konvokesyen.
  9. Graduan diingatkan supaya tiba awal pada masa dan tempat yang ditetapkan. Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas menuju ke dewan, para graduan diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh pegawaipegawai yang bertugas.
  10. Graduan, ibu bapa atau penjaga yang hadir pada sidang pagi (sesi pertama, kedua dan keempat) adalah DINASIHATKAN AGAR BERSARAPAN terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini. Pihak Universiti tidak menyediakan sarapan untuk para graduan, ibu bapa atau penjaga.