ETIKA PEMAKAIAN

Graduan Lelaki

Lounge suit

  • Baju kemeja berlengan panjang warna cerah, bertali leher dan seluar panjang berwarna hitam (seluar slack sahaja)
  • Songkok hitam bagi graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (lilitan songkok disediakan)
  • Kasut kulit/PVC bertutup penuh berwarna gelap/hitam dan memakai sarung kaki/ stokin.

 

Pemakaian yang dilarang 

  • Tali bow (bow tie)
  • Jeans/ Denim/ T-shirt
  • Kasut sukan
  • Selipar/ sandal
  • Mewarnakan rambut
  • Berambut panjang (mencecah kolar baju)
  • Kopiah dan Serban

 

Warna pakaian yang menyamai atau seakan-akan warna tetamu DiRaja seperti berikut :

❖ Sidang 1 – Kuning DiRaja/ Ungu Gelap/ Hitam

Graduan Perempuan

  • Baju Kurung/ jubah
  • Kasut bertutup berwarna gelap
  • Memakai sarung kaki
  • Bertudung bagi Muslim (lilitan tudung disediakan untuk graduan Diploma dan Ijazah Sarjana
    Muda)
  • Graduan non muslim yang berambut panjang perlu memastikan rambut diikat dengan kemas

 

*   Pemakaian yang dilarang

  • Skirt singkat
  • Skirt berbelah terlalu tinggi
  • Leggings
  • Pakaian menjolok mata/ nipis atau jarang
  • Selipar/sandal
  • Kasut tumit tinggi (ketinggian melebihi 2 inci)
  • Purdah/ Niqab
  • Jeans/ Denim/ T-shirt

 

Warna pakaian yang menyamai atau seakan-akan warna tetamu DiRaja seperti berikut :

❖ Sidang 1 – Kuning DiRaja/ Ungu Gelap/ Hitam


Pemakaian selain dari yang dinyatakan tidak akan dibenarkan memasuki dewan.

Pakaian Akademik

Semua graduan diwajibkan memakai Pakaian Akademik

Pakaian Tetamu Graduan

Semua tetamu graduan diwajibkan mematuhi etika pakaian di bawah :

  • Tetamu Lelaki: Pakaian Kebangsaan/Batik/Baju Kemeja dan Seluar Slack.
  • Tetamu Perempuan: Pakaian Kebangsaan/Batik/Jubah/ Baju sopan yang menutup aurat
  • Kasut: Bertutup