SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Graduan boleh mengambil sijil dan transkrip akademik di Dewan Serbaguna USAS seperti ketetapan berikut:-

PENGAMBILAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIKMASATEMPAT
23 November 2024 (Sabtu)3.00 petang sehingga 9.00 malam

Dewan Serbaguna
USAS

24 November 2024 (Ahad)9.00 pagi sehingga 9.00 malam
25 November 2024 (Isnin)9.00 pagi sehingga 4.30 petang

Sebelum graduan/ wakil mengambil sijil dan transkrip akademik, sila pastikan:

01.

Graduan telah menjelaskan semua hutang dengan pihak Universiti (jika berkenaan). Memulangkan buku yang dipinjam kepada pihak Perpustakaan USAS (jika berkenaan).

02.

Graduan perlu mengemukakan slip bukti telah melaksanakan Kajian Pengesanan Graduan dan Kad Matrik kepada petugas.

03.

Graduan telah memulangkan pakaian akademik (jubah).

04.

Graduan perlu menyemak dan memastikan semua maklumat pada sijil dan transkrip akademik yang diterima adalah betul, lengkap dan tepat.

05.

Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan sijil dan transkrip akademik selepas serahan kepada graduan.

06.

Sekiranya graduan tidak dapat hadir untuk mengambil sijil dan transkrip, graduan boleh melantik seorang wakil untuk mengambil sijil dan transkrip. Graduan hendaklah memberikan surat kuasa kepada wakil untuk diserahkan kepada petugas. Surat-surat hendaklah dialamatkan kepada Dekan Bahagian Kemasukan dan Rekod dengan menyatakan nama dan nombor kad pengenalan wakil yang dilantik.