JEMPUTAN TETAMU GRADUAN

Kehadiran

  1. Hanya dua (2) orang tetamu / waris graduan dibenarkan hadir.
  2. Tidak dibenarkan hadir sekiranya positif COVID-19, di bawah Pengawasan dan Pemerhatian
    (HSO) atau bergejala (demam/ batuk/ selsema).
  3. Upacara konvokesyen ini juga boleh diikuti secara langsung melalui laman facebook rasmi Universiti Sultan Azlan Shah atau live streaming di saluran Youtube USAS Tv.

Peraturan Dalam Dewan

  1. Memasuki Dewan Jubli Perak mengikut pintu yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada jam 7.45 pagi (Sidang Pagi) dan jam 2.15 petang (Sidang Petang)
  2. Tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderahati ke dalam dewan.
  3. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan memasuki dewan.
  4. Tidak dibenarkan keluar dewan sehingga sidang konvokesyen tamat.

Etika Pemakaian

  1. Tetamu Lelaki: Pakaian Kebangsaan/Batik/Formal/Kemas
  2. Tetamu Perempuan: Pakaian Kebangsaan/Batik/Formal/Sopan
  3. Kasut: Bertutup