Tarikh untuk penyerahan jubah kepada graduan adalah seminggu sebelum majlis konvokesyen berlangsung seperti butiran berikut :-
Hanya graduan/wakil sihat tubuh badan dibenarkan hadir dan DIWAJIBKAN memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal sepanjang tempoh pengambilan pakaian akademik (sekiaranya bergejala seperti demam/ selesema/batuk).
Graduan yang masih berhutang dengan Universiti DIWAJIBKAN menyelesaikan hutang terakhir sebelum hadir mengambil pakaian akademik.
Graduan dikehendaki membawa kad matrik dan mengemukakan kepada petugas ketika mengambil jubah.
Hanya graduan/wakil sahaja yang dibenarkan berada di lokasi pengambilan pakaian akademik.
Pengambilan jubah selepas daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dilayan.Graduan perlu mengikut tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul.